Rukun Islam : Zakat
Zakat daripada sudut bahasa bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. Zakat juga bermaksud bersih. Zakat daripada istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu.
Mengeluarkan zakat bererti membersihkan harta daripada sebarang perkara syubhah. Mengeluarkan zakat juga merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Perintah mengeluarkan zakat telah disebut sebanyak 32 kali di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Quran, al-Baqarah, 2:43)
Comments
Post a Comment