Posts

Showing posts with the label Khianat

Khianat Mampu Meruntuhkan Negara

Image
Perbuatan khianat adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab atas amanah yang diberikan dan boleh mencetuskan pelbagai masalah dalam masyarakat dan negara. Masyarakat pada masa kini menganggap perbuatan khianat adalah perkara biasa untuk dilakukan. Ramai individu yang terlibat dengan melakukan perbuatan khianat boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang diluar mereka dilihat menjalankan amanah dan berbuat baik tetapi dalam masa sama melakukan perbuatan khianat secara tersembunyi.      Melakukan perbuatan khianat akan menyebabkan seseorang itu tidak dipercayai oleh orang yang berada disekelilingnya. Percakapan dan perbuatannya akan diragui oleh orang lain kerana khianat yang dilakukan. Perselisihan faham akan timbul daripada rasa marah dan dendam akibat dikhianati. Seterusnya akan menyebabkan saling bermusuhan dan berlaku perpecahan antara satu sama lain dalam mayarakat dan negara.      Khianat yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam masyarakat aka...