Padang Mahsyar
Sebagai seorang muslim, kita wajib mempunyai keimanan yang kuat serta berpegang dan mempercayai dengan Rukun Iman. Sebagaimana Nabi SAW menafsirkan pengertian iman dengan hadis yang panjang telah diriwayatkan oleh Umar al-Khattab RA ketika Nabi SAW disoal oleh malaikat Jibril AS. Sabda Rasulullah SAW : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره (al-Muslim, Sahih al-Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan tentang Iman, Islam dan Ihsan) Maksudnya : “Bahawa kamu beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat, dan qada’ dan qadar sama ada baik atau buruk.” Salah satu daripada iman adalah beriman dengan hari kiamat. Beriman dengan hari kiamat dalah percaya akan berakhirnya kehidupan dunia dan memasuki kehidupan akhirat selepasnya, ianya bermula dengan kematian dan kehidupan di alam barzakh, diikuti dengan berlakunya kiamat kemudian dibangkitkan semula seluruh manusia dan dihimpunkan di Padang Mahsyar, selepas itu mereka akan ...