Tokoh Dakwah: Fathi Yakan
Pengenalan Dakwah merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Perlaksanaan dakwah telah menjadi tanggungjawab bagi nabi dan rasul untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya. Dakwah yang disampaikan adalah bertujuan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dan mematuhi segala suruhan Allah SWT. Dakwah kini menjadi tuntutan bagi semua muslim untuk terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dakwah Islamiyyah yang disampaikan Nabi Muhammad SAW merupakan dakwah yang sempurna dan lengkap serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat. Firman Allah SWT: ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan ...