Isu penggunaan telefon bimbit pada masa kini
Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai cara yang manusia gunakan untuk berhubung. Keperluan kepada berkomunikasi antara satu sama lain telah menyebabkan manusia menggunakan pelbagai cara supaya dapat berhubung. Antara cara-cara yang digunakan adalah menggunakan asap, burung merpati, telegraf, dan juga menghantar surat. Telefon juga merupakan alat yang dicipta manusia dengan tujuan menghubungkan sesorang dengan yang lain. Telefon merupakan suatu alat perhubungan yang amat terkenal ketika ini yang memancar dan menerima bunyi walupun berada pada jarak yang jauh. Ianya dianggap sebagai satu keperluan bagi semua orang kini. Telefon berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, telephone yang berasal daripada bahasa Yunani; tele = jauh dan phone = suara. Telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell yang merupakan orang pertama yang berjaya suaranya melalui telefon. Beliau juga merupakan orang pertama menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah iaitu penghantar dan penerima i...