Posts

Showing posts with the label al-Quran

Ayat-Ayat Al-Quran Yang Berkaitan Dengan Psikologi

Image
  1) Al-nafs وَٱتَّقُواْ يَوۡما لَّا تَجۡزِي نَفۡسٌ عَن نَّفۡس شَيۡا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَٰعَة وَلَا يُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡل وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ    Maksudnya:   Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah Al-Baqarah, 2:48) Menurut Sayyid Qutb, setiap orang bertanggungjawab terhadap diri masing-masing dan tidak ada siapa yang dapat membela kesalahan orang lain. Dasar tanggungjawab ini akan membentuk seseorang mempunyai kehormatan diri serta kesedaran dalam hati nurani setiap masa. وَٱتَّقُواْ يَوۡما تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡس مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ    Maksudnya:  Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara ...

Padang Mahsyar

Image
Sebagai seorang muslim, kita wajib mempunyai keimanan yang kuat serta berpegang dan mempercayai dengan Rukun Iman. Sebagaimana Nabi SAW menafsirkan pengertian iman dengan hadis yang panjang telah diriwayatkan oleh Umar al-Khattab RA ketika Nabi SAW disoal oleh malaikat Jibril AS. Sabda Rasulullah SAW : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره (al-Muslim, Sahih al-Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan tentang Iman, Islam dan Ihsan) Maksudnya : “Bahawa kamu beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat, dan qada’ dan qadar sama ada baik atau buruk.” Salah satu daripada iman adalah beriman dengan hari kiamat. Beriman dengan hari kiamat dalah percaya akan berakhirnya kehidupan dunia dan memasuki kehidupan akhirat selepasnya, ianya bermula dengan kematian dan kehidupan di alam barzakh, diikuti dengan berlakunya kiamat kemudian dibangkitkan semula seluruh manusia dan dihimpunkan di Padang Mahsyar, selepas itu mereka akan ...