1) Al-nafs وَٱتَّقُواْ يَوۡما لَّا تَجۡزِي نَفۡسٌ عَن نَّفۡس شَيۡا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَٰعَة وَلَا يُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡل وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ Maksudnya: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah Al-Baqarah, 2:48) Menurut Sayyid Qutb, setiap orang bertanggungjawab terhadap diri masing-masing dan tidak ada siapa yang dapat membela kesalahan orang lain. Dasar tanggungjawab ini akan membentuk seseorang mempunyai kehormatan diri serta kesedaran dalam hati nurani setiap masa. وَٱتَّقُواْ يَوۡما تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡس مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ Maksudnya: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara ...
Hujan adalah salah satu rahmat daripada Allah SWT. Hujan yang turun menjadi manfaat kepada semua makhluk yang ada di muka bumi. Firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 9: وَنَزَّلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً مُّبَـٰرَكًا فَأَنۢبَتْنَا بِهِۦ جَنَّـٰتٍ وَحَبَّ ٱلْحَصِيدِ Maksudnya: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; Salah satu tanda-tanda besar kiamat adalah banyaknya hujan dan sedikit tumbuh-tumbuhan. Perkara ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia dituruni hujan secara merata, tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan sama sekali." Hadis Riwayat al-Hakim Sebagaimana yang kita ketahui, turunnya hujan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua makhluk. Daripada hujan juga akan tumbuh segala tumbuh-tumbuhan. Walaubagaimanapun, Allah SWT berkuasa uintuk menjadikan perkara terseb...
Pengenalan Dakwah merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Perlaksanaan dakwah telah menjadi tanggungjawab bagi nabi dan rasul untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya. Dakwah yang disampaikan adalah bertujuan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dan mematuhi segala suruhan Allah SWT. Dakwah kini menjadi tuntutan bagi semua muslim untuk terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dakwah Islamiyyah yang disampaikan Nabi Muhammad SAW merupakan dakwah yang sempurna dan lengkap serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat. Firman Allah SWT: ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan ...
Comments
Post a Comment