Posts

Showing posts from June, 2021

Tanda-tanda kiamat: Banyak hujan dan sedikit tumbuh-tumbuhan

Image
Hujan adalah salah satu rahmat daripada Allah SWT. Hujan yang turun menjadi manfaat kepada semua makhluk yang ada di muka bumi. Firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 9:  وَنَزَّلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً مُّبَـٰرَكًا فَأَنۢبَتْنَا بِهِۦ جَنَّـٰتٍ وَحَبَّ ٱلْحَصِيدِ Maksudnya:  Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; Salah satu tanda-tanda besar kiamat adalah banyaknya hujan dan sedikit tumbuh-tumbuhan. Perkara ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia dituruni hujan secara merata, tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan sama sekali." Hadis Riwayat al-Hakim Sebagaimana yang kita ketahui, turunnya hujan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua makhluk. Daripada hujan juga akan tumbuh segala tumbuh-tumbuhan. Walaubagaimanapun, Allah SWT berkuasa uintuk menjadikan perkara terseb

Kepentingan dan tujuan dialog

Image
  Perkongsian mengenai kepentingan dan tujuan dialog Dialog mempunyai pelbagai takrifan dan makna mengikut penggunaannya. D ialog turut dikenali sebagai mujadalah, muzakarah dan bertukar fikiran. Dialog juga berasal daripada  dialogue berasal daripada dia yang bermaksud melalui apa yang dikatakan dan logos adalah mengeluarkan sesuatu yang tersirat. D ialog dalam bahasa Arab disebut sebagai al-hiwar berdasarkan daripada ha, wau, ra .      Penggunaan dialog meliputi dialog dalam Islam, dialog antara agama, dialog peradaban dan sebagainya. Dialog perlu dilakukan dengan berhemah agar dapat menjaga perasaan orang lain ketika berdialog. Tujuan asal dialog dilaksanakan adalah membentuk persefahaman antara satu sama lain. Segala tujuan perlaksanaan dialog dapat mencapai objektif sekiranya dialog dilaksanakan mengikut kaedah yang sebaiknya.

Usul 20 Iman Hassan Al-Banna (Usul Pertama: Islam Agama Syumul)

Image
  Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah. Sedikit perkongsian mengenai Usul 20 Imam Hassan Al-Banna. Usul pertama iaitu  Islam agama syumul .

Khianat Mampu Meruntuhkan Negara

Image
Perbuatan khianat adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab atas amanah yang diberikan dan boleh mencetuskan pelbagai masalah dalam masyarakat dan negara. Masyarakat pada masa kini menganggap perbuatan khianat adalah perkara biasa untuk dilakukan. Ramai individu yang terlibat dengan melakukan perbuatan khianat boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang diluar mereka dilihat menjalankan amanah dan berbuat baik tetapi dalam masa sama melakukan perbuatan khianat secara tersembunyi.      Melakukan perbuatan khianat akan menyebabkan seseorang itu tidak dipercayai oleh orang yang berada disekelilingnya. Percakapan dan perbuatannya akan diragui oleh orang lain kerana khianat yang dilakukan. Perselisihan faham akan timbul daripada rasa marah dan dendam akibat dikhianati. Seterusnya akan menyebabkan saling bermusuhan dan berlaku perpecahan antara satu sama lain dalam mayarakat dan negara.      Khianat yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam masyarakat akan membawa kepada masyarakat y