Kepentingan dan tujuan dialog
Perkongsian mengenai kepentingan dan tujuan dialog
Dialog mempunyai pelbagai takrifan dan makna mengikut penggunaannya. Dialog turut dikenali sebagai mujadalah, muzakarah dan bertukar fikiran. Dialog juga berasal daripada dialogue berasal daripada dia yang bermaksud melalui apa yang dikatakan dan logos adalah mengeluarkan sesuatu yang tersirat. Dialog dalam bahasa Arab disebut sebagai al-hiwar berdasarkan daripada ha, wau, ra.
Penggunaan dialog meliputi dialog dalam Islam, dialog antara agama, dialog peradaban dan sebagainya. Dialog perlu dilakukan dengan berhemah agar dapat menjaga perasaan orang lain ketika berdialog. Tujuan asal dialog dilaksanakan adalah membentuk persefahaman antara satu sama lain. Segala tujuan perlaksanaan dialog dapat mencapai objektif sekiranya dialog dilaksanakan mengikut kaedah yang sebaiknya.
Comments
Post a Comment