Posts

Showing posts from July, 2021

Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Image
PENGUKUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN PASCA PKP DARI ASPEK AGAMA Dalam mengukuhkan institusi keluarga pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengukuhan daripada aspek agama perlu ditekankan. Agama merupakan perkara asas dalam kehidupan seseorang. Tanpa agama, manusia akan terpesong serta jauh daripada landasan kebenaran serta tiada tujuan dalam hidup. Pembentukkan sahsiah dan akhlak yang mulia pada diri seseorang dapat dibentuk dengan menekankan aspek agama sebagai tunjang dalam kehidupan manusia.      Amalan solat fardu berjemaah bersama ahli keluarga dirumah dapat dilaksanakan sewaktu PKP memberikan kesan yang besar kepada kehidupan berkeluarga. Sebelum ini ada keluarga yang tidak pernah melaksanakan solat berjemaah bersama dirumah. Perlaksanaan PKP telah merubah keadaan ini. Bapa menjadi imam kepada isteri serta anak-anak dalam keluarga. Penggiliran imam dan bilal boleh ditetapkan oleh bapa agar anak-anak lebih bersemangat menunaikan solat berjemaah. Anak-anak yang sebelum ini kebiasa

Ayat-Ayat Al-Quran Yang Berkaitan Dengan Psikologi

Image
  1) Al-nafs وَٱتَّقُواْ يَوۡما لَّا تَجۡزِي نَفۡسٌ عَن نَّفۡس شَيۡا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَٰعَة وَلَا يُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡل وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ    Maksudnya:   Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah Al-Baqarah, 2:48) Menurut Sayyid Qutb, setiap orang bertanggungjawab terhadap diri masing-masing dan tidak ada siapa yang dapat membela kesalahan orang lain. Dasar tanggungjawab ini akan membentuk seseorang mempunyai kehormatan diri serta kesedaran dalam hati nurani setiap masa. وَٱتَّقُواْ يَوۡما تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡس مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ    Maksudnya:  Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan di

Padang Mahsyar

Image
Sebagai seorang muslim, kita wajib mempunyai keimanan yang kuat serta berpegang dan mempercayai dengan Rukun Iman. Sebagaimana Nabi SAW menafsirkan pengertian iman dengan hadis yang panjang telah diriwayatkan oleh Umar al-Khattab RA ketika Nabi SAW disoal oleh malaikat Jibril AS. Sabda Rasulullah SAW : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره (al-Muslim, Sahih al-Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan tentang Iman, Islam dan Ihsan) Maksudnya : “Bahawa kamu beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat, dan qada’ dan qadar sama ada baik atau buruk.” Salah satu daripada iman adalah beriman dengan hari kiamat. Beriman dengan hari kiamat dalah percaya akan berakhirnya kehidupan dunia dan memasuki kehidupan akhirat selepasnya, ianya bermula dengan kematian dan kehidupan di alam barzakh, diikuti dengan berlakunya kiamat kemudian dibangkitkan semula seluruh manusia dan dihimpunkan di Padang Mahsyar, selepas itu mereka akan

Tokoh Dakwah: Fathi Yakan

Image
Pengenalan Dakwah merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Perlaksanaan dakwah telah menjadi tanggungjawab bagi nabi dan rasul untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya. Dakwah yang disampaikan adalah bertujuan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dan mematuhi segala suruhan Allah SWT. Dakwah kini menjadi tuntutan bagi semua muslim untuk terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dakwah Islamiyyah yang disampaikan Nabi Muhammad SAW merupakan dakwah yang sempurna dan lengkap serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat. Firman Allah SWT: ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan

Rukun Islam : Zakat

Image
Zakat daripada sudut bahasa bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. Zakat juga bermaksud bersih. Zakat daripada istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu.       Mengeluarkan zakat bererti membersihkan harta daripada sebarang perkara syubhah. Mengeluarkan zakat juga merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Perintah mengeluarkan zakat telah disebut sebanyak 32 kali di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT: وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ    Maksudnya:  Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.  (Al-Quran, al-Baqarah, 2:43) Sedikit perkongsian mengenai zakat dan pengajaran hadis ini.

Isu penggunaan telefon bimbit pada masa kini

Image
Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai cara yang manusia gunakan untuk berhubung. Keperluan kepada berkomunikasi antara satu sama lain telah menyebabkan manusia menggunakan pelbagai cara supaya dapat berhubung. Antara cara-cara yang digunakan adalah menggunakan asap, burung merpati, telegraf, dan juga menghantar surat. Telefon juga merupakan alat yang dicipta manusia dengan tujuan menghubungkan sesorang dengan yang lain.      Telefon merupakan suatu alat perhubungan yang amat terkenal ketika ini yang memancar dan menerima bunyi walupun berada pada jarak yang jauh. Ianya dianggap sebagai satu keperluan bagi semua orang kini. Telefon berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, telephone yang berasal daripada bahasa Yunani; tele = jauh dan phone = suara. Telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell yang merupakan orang pertama yang berjaya suaranya melalui telefon. Beliau juga merupakan orang pertama menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah iaitu penghantar dan penerima isyarat. Kejaya

ANALISIS PERBANDINGAN MEKANISMA PTPTN TERKINI DENGAN KONSEP QARDHUL HASAN DALAM MUAMALAT ISLAM

Image
Perbandingan antara PTPTN dan Qardhul Hasan Muamalat Islam adalah bentuk perhubungan serta persetujuan antara manusia dalam menguruskan keperluan harian mereka. Muamalat merangkumi aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi. Terdapat pelbagai komponen dalam muamalat Islam salah satunya ialah qard iaitu pinjaman. Pinjaman dilakukan bagi menyempurnakan kehendak dan keperluan manusia dalam melakukan sesuatu.  Poster ini disediakan sebagai perkongsian mengenai perbandingan antara PTPTN dan Qard al-Hasan. Moga bermanfaat.